Posts

Showing posts from 2018

BAB 6 : KESIMPULAN

Kesimpulannya, latihan industri ini sangat penting kerana ia adalah pendedahan kepada pelajar terhadap persekitaran yang sebenar. Di samping itu, ia membantu pelajar memperoleh keyakinan diri dan menemui keupayaan mereka sendiri. Pada masa yang sama, latihan industri juga dapat memupuk keupayaan dan tanggungjawab kepimpinan pelajar untuk melaksanakan tugasan yang diberikan oleh majikan. Sekali lagi sebagai hamba Allah S.W.T yang biasa ingin menyusun sepuluh jari memohon maaf dan keampunan terutama sekali pihak syarikat sekiranya saya telah melakukan kesilapan yang menyebabkan pelatih tidak disenangi oleh pihak puan. Tinggi harapan supaya pihak Kompleks Ibu Pejabat JKR Negeri Selangor akan sentiasa menerima kehadiran pelajar latihan industri untuk memperolehi ilmu dan pengalaman yang meluas pada masa akan datang.

BAB 5 : DAPATAN DAN CADANGAN

Antara dapatan yang dapat perolehi adalah :        i. Dapatan dari Kompleks Ibu Pejabat JKR Negeri Selangor           a) Kekurangan gaji ataupun elaun           b) Peralatan tidak mencukupi           c) Kekurangan juruteknik di setiap bahagian        ii. Cadangan kepada Kompleks Ibu Pejabat JKR Negeri Selangor             a) Silaturrahim yang lebih erat perlulah dipupuk antara majikan dan pekerja             b) Penyelarasan elaun perlulah dilakukan setimpal dengan kerja yang diberikan             c) Firma perlu membuat promosi di semua institusi pengajian tinggi untuk membuka peluang kepada lebih ramai pelatih menjalani latihan industri ini.        iii. Dapatan dari Politeknik             a) Menekankan agar pelaj...

BAB 4 : LAPORAN TEKNIKAL

Image
LAPORAN TEKNIKAL SETUP PROJEKTOR DI MAKMAL KOMPUTER 1. Pasang power cord di belakang projektor 2. Pasang VGA cable antara belakang PC dengan belakang projektor 3. Tekan "on pada projektor dan tunggu sehingga paparan keluar BACKUP DATA 1. Pasang cable docking ke PC atau laptop 2. Klik "My Computer" 3. Klik disk yang kosong untuk di alihkan 4. Salinkan dan letak folder yang hendak dialih ke folder yang baru MEMBUAT LAMAN WEB GUNA ADOBE DREAMWEAVER 1. Klik Adobe dreamweaver 2. Taipkan HTML dan PHP di ruangan yang disediakan 3. Klik Xampp dan aktifkan Apache dan MySQL 4. Data akan dimasukkan dalam phpMyAdmin Format PC guna Windows 7, 8 atau 10 1. On PC dan masukkan cd windows 7. paparan "Press any key to boot CD" akan keluar 2. Tunggu sehingga "Windows loading" selesai 3. Paparan Install Windows akan keluar, pengguna akan memilih bahasa dan...

BAB 3 : RINGKASAN MINGGUAN

JADUAL RINGKASAN LAPORAN HARIAN MINGGU PERTAMA : 2 - 6 JULAI 2018 Isnin : Lapor diri dan buat laman web Selasa : Buat laman web dan pasang cable Rabu : Buat laman web Khamis : Buat laman web Jumaat : Buat laman web dan format PC MINGGU KEDUA : 9 - 13 JULAI 2018 Isnin : Buat laman web Selasa : Periksa PC Rabu : Buat laman web Khamis : Periksa PC Jumaat : Pasang PC di Bahagian Pentadbiran & Kewangan MINGGU KETIGA : 16 - 20 JULAI 2018 Isnin : Register access door di bilik kawalan Selasa : Install AutoCad di CPAB iaitu bilik En. Hafiz dan register access door di bilik kawalan Rabu : Betulkan internet di bahagian jalan dan register access door di bilik kawalan Khamis : Register access door di bilik kawalan Jumaat : Register access door di bilik kawalan dan periksa PC di bahagian elektrik MINGGU KEEMPAT  : 23 - 27 JULAI 2018 Isnin : Setup projektor di makmal komputer dan aktifkan microsoft office 2016 Selasa : Setup...

BAB 2 : LATAR BELAKANG SYARIKAT / ORGANISASI

Image
SEJARAH SYARIKAT Jabatan Kerja Raya (JKR) dahulunya dikenali sebagai nama Public Works Department (PWD) yang mempunyai sejarah dimana ia dilaksanakan oleh penjajah inggeris. Penubuhannya bermula di Pulau Pinang yang diketuai oleh Major J. F McNair pada tahun 1872 dan terus melebarkan sayapnya di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang sejurus selepas pihak inggeris membentuk Negeri -Negeri Bersekutu pada tahun 1784. Kompleks Ibu Pejabat JKR Negeri Selangor bertempat di Persiaran Jubli Perak, Seksyen 17 Shah Alam, Selangor. Tujuan penubuhan JKR ini adalah untuk menjadi peneraju dalam bidang pengurusan aset, pengurusan projek dan kecemerlangan kejuruteraan untuk negara. JKR mempunyai 9 Bahagian iaitu, bahagian ICT, Tentera, Kontrak & Ukur Bahan (BKUB), Bangunan, Jalan, Pentadbiran & Kewangan (Admin), Cawangan Perancangan Aset Bersepadu (CPAB), Elektrik dan Arkitek LOGO DAN MAKLUMAT TERPERINCI Logo : Garisan lengkung berwarna hitam memberi simbol membek...

BAB 1 : PENGENALAN LATIHAN INDUSTRI

PENGENALAN Latihan industri adalah satu mata pelajaran yang menjadi satu syarat bagi pelajar di kolej iaitu semseter 4 bagi sijil dan politeknik semseter 6 bagi diploma. Para pelajar akan diberi masa untuk mencari dan selidik syarikat yang bersesuaian dengan kursus yang diambil. Dalam tempoh tersebut, pelajar mesti mengikuti segala peraturan semasa di syarikat itu nanti. Pelajar akan diberikan buku jurnal refleksi dimana mereka akan menulis segala aktiviti yang dilakukan nanti. Latihan Industri adalah pendedahan awal sebelum mereka merasakan alam pekerjaan yang sebenar selepas mereka keluar daripada Politeknik. Mereka ini akan didedahkan dengan persekitaran yang baru dimana mereka akan merasakan kesusahan sepertimana pekerja yang lain. Pelatih akan mempelajari sesuatu yang tidak pernah dibuat ataupun yang pernah dibuat justeru mempratikkannya di syarikat tersebut. OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI Membina personaliti yang baik       2. Memberi pendedahan kepada pe...

PENGHARGAAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca. Saya Muhammad Faizal bin Hashim bernombor pendaftaran 21DIP15F2052 dari Politeknik Balik Pulau ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyelia latihan industri Kompleks Ibu Pejabat JKR Negeri Selangor iaitu Puan Farizan binti Salleh di atas peluang yang diberikan kepada saya untuk menjalani latihan industri selama 20 minggu dari 02 Julai 2018 hingga 16 November 2018. Syukur saya kehadrat Ilahi di atas limpah kurniaNya dapat saya menyiapkan laporan latihan industri kerana ia merupakan satu penghargaan saya kepada semua pihak yang terlibat membantu dan beri tunjuk ajar kepada saya semasa menjalani latihan industri. Tidak lupa saya ucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya yang menyokong saya dari segi pengangkutan dan kewangan.