BAB 1 : PENGENALAN LATIHAN INDUSTRI

PENGENALAN


Latihan industri adalah satu mata pelajaran yang menjadi satu syarat bagi pelajar di kolej iaitu semseter 4 bagi sijil dan politeknik semseter 6 bagi diploma. Para pelajar akan diberi masa untuk mencari dan selidik syarikat yang bersesuaian dengan kursus yang diambil. Dalam tempoh tersebut, pelajar mesti mengikuti segala peraturan semasa di syarikat itu nanti. Pelajar akan diberikan buku jurnal refleksi dimana mereka akan menulis segala aktiviti yang dilakukan nanti.

Latihan Industri adalah pendedahan awal sebelum mereka merasakan alam pekerjaan yang sebenar selepas mereka keluar daripada Politeknik. Mereka ini akan didedahkan dengan persekitaran yang baru dimana mereka akan merasakan kesusahan sepertimana pekerja yang lain. Pelatih akan mempelajari sesuatu yang tidak pernah dibuat ataupun yang pernah dibuat justeru mempratikkannya di syarikat tersebut.

OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI


  1. Membina personaliti yang baik
      2. Memberi pendedahan kepada pelajar terhadap alam pekerjaan yang sebenar

      3. Dapat membina keyakinan tinggi

      4. Meningkatkan kemahiran dan menambahkan pengetahuan yang diperoleh di luar politeknik

      5. Menimbulkan banyak kesedaran serta meningkatkan minat pelajar terhadap pelajaran di Politeknik

KEPENTINGAN LATIHAN INDUSTRI

Latihan Industri merupakan satu tempoh pengajian dimana pelajar berpeluang untuk memperolehi ilmu pengetahuan dan kemahiran yang luas. Dengan ini, pelajar dapat menghindari perasaan kekok apabila menjalankan tugas seharian sewaktu memasuki alam pekerjaan yang sebenar. Selain itu, para pelajar dapat membuka minda dan bersikap lebih matang berhubung dengan alam pekerjaan. Bukan sahaja pelajar memikul tanggungjawab terhadap majikan malah pelajar juga memikul tanggungjawab menjaga nama baik Politeknik khususnya Politeknik Balik Pulau

Secara tidak langsung, latihan industri juga dapat membina dan mengubah imej personaliti sesorang pelajar menjadi seorang yang berkaliber. Pelajar tidak seharusnya menunjukkan sikap yang tidak bertanggungjawab terhadap majikan dan pekerja yang lain oleh sebab pelajar tidak berpuas hati dengan kerja yang berlebihan, layanan yang tidak baik dan sebagainya sehingga pelajar sanggup merosakkan peralatan. Latihan industri bukan diwujudkan semata - mata untuk memenuhi syarat untuk lulus bahkan ianya dapat digunakan dalam melahirkan seseorang pelajar yang berkualiti.

OBJEKTTIF LAPORAN LATIHAN INDUSTRI


  1. Menguji kemampuan pelajar mendokumentasikan aktiviti kerja harian sepanjang latihan industri secara teratur.
      2. Melalui penulisan, pelajar boleh gunakan teknik kerja yang dipelajari sebagai rujukan.

      3. Biasakan diri pelajar untuk sediakan laporan supaya lebih bersedia apabila mengharungi ke peringkat lebih tinggi

      4. Mendisiplinkan pelajar untuk belajar uruskan masa dengan bijak

      5. Laporan ini sebagai bahan penilaian untuk latihan yang telah dijalankan oleh pelajar dan pemarkahan laporan ini akan diberikan oleh pensyarah.

SKOP KERJA LATIHAN INDUSTRI


  1. Pemasangan Komputer
  2. Backup Data
  3. Install software seperti Microsoft, Antivirus, printer, WinRar
  4. Pelajri troubleshoot PC
  5. Buat sistem guna Adobe Dreamweaver
  6. Setup Projektor

Comments

Popular posts from this blog

BAB 2 : LATAR BELAKANG SYARIKAT / ORGANISASI