BAB 2 : LATAR BELAKANG SYARIKAT / ORGANISASI

SEJARAH SYARIKAT



Jabatan Kerja Raya (JKR) dahulunya dikenali sebagai nama Public Works Department (PWD) yang mempunyai sejarah dimana ia dilaksanakan oleh penjajah inggeris. Penubuhannya bermula di Pulau Pinang yang diketuai oleh Major J. F McNair pada tahun 1872 dan terus melebarkan sayapnya di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang sejurus selepas pihak inggeris membentuk Negeri -Negeri Bersekutu pada tahun 1784.

Kompleks Ibu Pejabat JKR Negeri Selangor bertempat di Persiaran Jubli Perak, Seksyen 17 Shah Alam, Selangor. Tujuan penubuhan JKR ini adalah untuk menjadi peneraju dalam bidang pengurusan aset, pengurusan projek dan kecemerlangan kejuruteraan untuk negara. JKR mempunyai 9 Bahagian iaitu, bahagian ICT, Tentera, Kontrak & Ukur Bahan (BKUB), Bangunan, Jalan, Pentadbiran & Kewangan (Admin), Cawangan Perancangan Aset Bersepadu (CPAB), Elektrik dan Arkitek

LOGO DAN MAKLUMAT TERPERINCI

Logo :


Garisan lengkung berwarna hitam memberi simbol membekalkan air bersih.

Garisan arch berwarna hitam pekat menunjukkan simbol kerja berkaitan pembinaan & penyelenggaraan.

Empat baris garisan yang terletak di atas garis lurus melambangkan penglibatan untuk melaksanakan kerja bangunan meliputi 14 negeri dan wilayah persekutuan di malaysia.

Warna Logo :

Kuning melambangkan kedewasaan jenama JKR sebagai salah sebuah organisasi yand tertua diwujudkan

Hitam melambangkan kekuatan / lesatuan yang berkualiti dari cawangan - cawangan dalam organisasi JKR

Kelabu melambangkan wujudnya nilai - nilai murni modal insan di dalam memberi perkhidmatan

VISI, MISI DAN OBJEKTIF SYARIKAT

Visi :

Kami akan menjadi pemberi perkhidmatan bertaraf dunia dan pusat kecemerlangan dalam bidang pengurusan aset, pengurusan projek dan kejuruteraan untuk pembangunan infrastruktur negara berteraskan modal insan yang kreatif dan inovatif serta teknologi terkini

Misi :

  1. Menyediakan perkhidmatan pengurusan aset dan projek yang efektif dan inovatif
      2. Mengukuhkan kompetensi kejuruteraan sedia ada

      3. Membangunkan modal insan

      4. Membina hubungan harmoni dengan masyarakat

      5. Memelihara alam sekitar dalam penyampaian perkhidmatan

Objektif :

  1. Jangka masa secepat mungkin
      2. Kos yang ekonomi

      3. Rekabentuk dan mutu yang terbaik

LOKASI SYARIKAT JKR SELANGOR


WAKTU OPERASI JKR SELANGOR

Isnin hingga Jumaat dari pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang

CARTA ORGANISASI JKR SELANGOR

POLISI SYARIKAT JKR SELANGOR

  1. Pastikan makmal komputer sentiasa dalam keadaan kemas selepas digunakan
      2. Jangan samakan CC dengan makmal komputer

      3. Dilarang melayari laman web yang tidak senonoh

Comments

Popular posts from this blog

BAB 1 : PENGENALAN LATIHAN INDUSTRI